Pages

Sunday, May 5, 2013

Apa itu CMPA ???

 CMPA atau tindak balas alahan hiper sensitif terhadap protein susu lembu boleh menjejaskan tumbesaran.
CMPA (Cow's Milk Protein Allergy) adalah alahan makanan paling lazim dalam kalangan bayi. Namun ia sering disalah tafsirkan kerana kesannya merangkumi pelbagai tindakbalas alahan.

Istilah terkini untuk alahan ialah sebarang tindak balas hiper sensitif terhadap susu. Ia boleh dibahagikan kepada dua iaitu CMPA dan TIDAK TOLERANSI LAKTOSA. Kedua duanya adalah berbeza.

TIDAK TOLERANSI LAKTOSA ialah ketidakupayaan untuk menghadam laktosa disebabkan kekurangan enzim laktase.

CMPA ialah tindakbalas alahan hiper protein susu lembu.
Ia berlaku jika ada dikalangan ahli keluarga yang pernah menghadapi alahan ini, dan bayi terdedah kepada 40% hingga 60% risikonya. CMPA boleh berlaku sejak lahir dan akan memuncak dalam tahun pertama. Biasanya ia akan reda dalam jangka masa tiga atau empat tahun.

Bayi CMPA biasanya berdepan dengan masaalah kekurangan zat. Antara ciri yang boleh diperhatikan adalah kekurangan air dalam badan, tiada selera makan dan menyusu dan tidak bertenaga.

Simpton CMPA dalam kalangan kanak kanak boleh berlaku beberapa minit selepas minum susu.

Kesannya , pembesaran mereka terjejas. Malah mereka juga boleh alami alahan lebih teruk dipanggil anafilaksis, tetapi keadaan ini jarang berlaku.

Bagi kes anafilaksis, gejala boleh timbul dalam masa beberapa minit selepas minum atau makan makanan yang mereka alah.
Gejalan paling teruk adalah bengkak pada muka, mulut dan lidah yang menyebabkan pesakit sukar bernafas. Ruam yang gatal, kulit merah dan muntah juga gejala anafilaksis yang boleh berlaku.
JIKA ANAK ANDA MENUNJUKKAN GEJALA INI, DAPATKAN BANTUAN SECEPAT MUNGKIN KERANA IA BOLEH MEMBAWA MAUT.

Majoriti kanak kanak mengalami CMPA juga mempunyai ekzema, mereka juga berisiko tinggi mengalami asma

FAKTOR BAYI ALAMI CMPA.
1. Alahan pada susu lembu bukan satu satunya penyebab kepada sakit perut, ekzema, ruam, muntah, cirit birit atau bayi tidak berhenti menangis. Gejala ini juga boleh disebabkan perkara lain yang memerlukan rawatan.
2. Bahaya reaksi anafilaksis. Jadi sangat penting untuk doktor mengesahkan anak anda memang mengalami alahan pada protein susu lembu kerana jika ya, anda perlu memastikan si kecil tidak diberi semua susu, produk susu dan makanan mengandungi susu.

GEJALA CMPA
1. Ekzema atau ruam kulit
2. Sakit perut.
3. Muntah
4. Cirit birit
5. Meragam
6. Berat badan tidak bertambah dan jika ada, ia terlalu sedikit
7. Banyak angin dalam perut.
8. Sukar bernafas.

RAWATAN
1. Untuk bayi yang diberi susu badan tetapi mengalami alahan CMPA- anda tidak perlu menghentikan pemberian susu badan kerana ia adalah makanan terbaik untuk bayi. Malah gejala alahan ini akan hilang jika anda menghentikan pengambilan produk susu lembu. Dapatkan nasihat doktor mengenai diet bebas susu yang sesuai.
2. Bayi yang di beri susu formula - Doktor akan menyarankan anda bertukar kepada susu formula yang berasaskan soya atau hidrolisat. Elak memberi semua jenis susu formula yang berasaskan susu lembu.
3. Jika anak anda disahkan mengalami alahan susu yang teruk - Doktor akan beri ubat khusus sebagai tambahan kepada diet bebas susu lembu. Ubat ini seperti antihistamin atau epinefrin perlu digunakan mengikut arahan doktor.

JENIS MAKANAN PERLU DIELAKAN.
1. Semua jenis susu atau makanan mengandungi susu lembu (susu skim tepung, pepejal atau sejat)
2.Keju , dadih keju, dadih dan aiskrim.
3. Produk soya mengandungi susu lembu. Pastikan anda membaca label sebelum membeli .
4. Bijiran campuran yang mengandungi susu tepung.
5. Semua produk yang mengandungi casein, caseinate, sodium atau kalsium kasinat, laktalbumin atau whey. Ia menandakan kehadiran protein susu.

No comments:

Post a Comment