Pages

Wednesday, December 12, 2012

Keletah anak anak...

Seperti biasa selepas sarapan saya dan anak anak akan duduk bersama .. sambil bercerita mengenai aktiviti hari ini.... As a rutin kena lah berborak dengan mereka dulu ambil mood orang kata..
"Assalammualaikum anak anak..." Mereka pun menjawab "Waalaikum salam teacher aunti miza" wah teacher pun ada auntie pun ada.. terus dengan pertanyaan dan jawapan dari anak anak.
Soalan dan jawapan yang agak menarik dari anak kecil ni.. " Ok auntie nak tanya ni .. bila besar nanti anak anak nak jadi apa?" Jawab anak A "saya nak jadi macam abanglah" anak B " kita nak jadi princess" biasalah tu anak perempuan mesti nak jadi princess. Satu jawapan yang tak disangka sangka pun singgah ketelinga saya. " Teacher, teacher saya nak jadi DRIVER TAXI"  ha tu dia, saya pun tanyalah kenapa nak jadi driver taxi pulak.. sebab saya nak tahu semua jalan kan sini tak lah sesat selalu.. mama selalu tanya driver taxi kalau tak tau jalan... hihihi . Motif cerita ni anak anak ni cepat betul menangkap keadaan yang berlaku di sekeliling mereka. tak payah cakap tengok pun dah masuk dalam otak mereka . Boleh cerita semula lagi ..Itulah keistimewaan mereka.

No comments:

Post a Comment