Pages

Saturday, January 12, 2013

SEDIH RASANYA......

Sedang saya memandu menuju ke destinasi biasa sambil tu dengarlah radio.....satu berita yang menimbulkan banyak persoalan dalam kepada saya ni,
SEORANG BAPA DIPENJARAKAN KERANA MEMUKUL ANAK NYA DENGAN KERUSI...
Tajuk berita je dah rasa hairan, apalah perasaan bapa ni kan yang memukul tanpa rasa kasihan. Kalau dilihat pada anak tak de ke perasaan sayang sedikit pun. Bila dah tua nanti, anak ni juga lah yang diharapkan menjaga kita tapi dari kecil lagi dah kena bantai macam nak kena bunuh.. jangan salah kan dia kalau nanti kita di tinggalkan dirumah orang orang tua, itu pun masih baik lagi dibuatnya kita ni ditinggalkan ditepi jalan, di sepak terajang, dimaki seranah masa tu nak salahkan sapa...
Anak sebenarnya adalah permata bagi kita, mestilah di asuh, dididik dengan kasih sayang, berikan hak mereka untuk berkembang dengan sempurna agar nanti besarnya menjadi orang yang berguna, ada agamanya dan menghargai kita sampai mati. Tapi tak boleh juga terlebih manja sampai kita ni di pijak pijaknya asyik dia je betul.. Didikan agamalah yang terbaik untuk mereka , sejauh mana pun mereka pergi akan kembali juga ke jalan yang benar..

No comments:

Post a Comment