Ibubapa sememangnya senantiasa mengharapkan yang terbaik dari anak anak yang merupakan anugerah terbaik dari Allah, yang menjadi pengikat kasih sayang antara suami isteri, mereka umpama intan berlian yang bercahaya dan bersinar dalam kehidupan kita. Olehitu ingatlah supaya selalu menggunakan bahasa yang indah dan kalau boleh gunakan bahasa melayu yang betul atau bahasa inggeris yang baik bila berkomunikasi dengan mereka. Jangan lah di gelar gelar kan anak anak kita ini, kerana takut nanti mereka akan malu sekiranya panggil manja mereka berkekalan hingga dewasa.
Nabi Muhammad S.A.W pernah bersabda : Berkata katalah dengan tidak menyakiti hati orang lain atau lebih baik diam.
Anak anak harus diberitahu supaya jangan menggunakan bahasa yang kesat bila berbicara dengan ibubapa mereka, orang yang lebih tua dari mereka dan ketika bersama dengan rakan rakan sebaya.
Bayangkan anak anak kita dapat berbahasa dengan indah, sudah tentu mereka akan dipandang mulia di kalangan masyarakat.
Ibu bapa ingatlah anak anak merupakan cermin kepada diri kita, kalau buruk kelakuan anak kita ada kemungkinan mereka meniru apa yang kita lakukan dan perkatakan. Berhati hati lah ibubapa sekelian.
No comments:
Post a Comment