Pages

Saturday, April 13, 2013

ELAKKAN ANAK ANAK BERSALAMAN DENGAN BUKAN MAHRAM

Assalammualaikum kepada ibubapa muda yang mempunyai anak anak yang baru pandai satu dua perbuatan yang membuat  kita rasa teruja. Dalam keseronokan melihat anak anak kita membesar tu kena lah juga ingat sopan santun kita sebagai orang Islam. Macam kata pepatah "Melentur buluh tu biarlah dari rebung nya" Dengan itu ibu bapa kena lah diingat kesopanan dan perasaan malu tu hendaklah di galakan sejak dari kecil lagi.
Dalam mengajar anak anak yang baru pandai menghulur tangan untuk bersalaman tu kenalah diingat dan diberitahu kepada anak anak siapa yang boleh bersalaman dan sapa pulak yang dielakkan untuk bersalaman, beritahu kepada mereka kenapa tak boleh dan kenapa boleh.. agar anak anak ini dapat menerapkan perasaan malu dikalangan masyarakat sekeliling. Mungkin ada juga yang berpendapat bahawa anak anak ini belum baligh tak pa lah salam dengan siapa pun, tapi tak salah rasanya kalau di didik mereka ini sejak dari kecil lagi...
Memang susah tapi marilah kita cuba bersama, saling ingat mengingati antara kita..saya pun masih mencuba yang terbaik...


No comments:

Post a Comment